top of page
Search

Cara Menggunakan Software untuk Temuduga Pekerjaan Online

  • Writer: Candy Graphic Designer
    Candy Graphic Designer
  • Jun 15, 2021
  • 3 min read

Updated: Jul 3, 2021

Dengan pelancaran proses temuduga dan untuk menjimatkan kos anda pada masa Covid-19 ini, kebanyakan syarikat beralih secara online dan tidak syorkan berlangsung di pejabat untuk temuduga. Jadi bagaimana anda mahu menggunakan teknologi zaman sekarang untuk temuduga secara online?



“People who are unable to motivate themselves must be content with mediocrity, no matter how impressive their other talents.”



Bagaimana untuk Bersedia Menggunakan Software Video?


1. Muat turun software sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum temuduga. Jangan risau terdapat banyak software yang free. Berbual sampai berjanggut pun boleh. Sebagai contoh, Skype, Microsoft Teams, Google Duo dan Zoom.


2. Cipta nama professional untuk username. Supaya memudahkan orang mencari anda dengan nama depan dan belakang. Pastikan anda tidak menggunakan nama samaran yang tidak profesional kerana ia mempengaruhi status anda.


3. Lakukan satu atau dua panggilan dengan rakan atau keluarga anda. Pastikan dapat membuat dan menjawab panggilan dengan mudah. Periksa untuk memastikan mikrofon dan kamera berfungsi dengan baik. Juga, berlatih melihat kamera untuk jangka masa yang lama.


4. Adjust lighting. Tak kan nak video dalam gelap kan? Pastikan mempunyai lighting yang mencukupi. Walau bagaimanapun, pastikan lighting tidak terlalu terang kerana ia boleh membutakan penemuduga anda tanpa sedar :)


5. Periksa background. Walaupun tumpuan akan pada wajah anda, ingatlah bahawa penemuduga juga akan dapat melihat apa sahaja yang ada di belakang anda. Sebelum temubual, pilih latar belakang dulu. Pilih dinding kosong untuk memastikan tidak ada gangguan. Kebanyakan platform mungkin ada manfaat yang boleh kaburkan background atau menggunakan background effect. Ini akan dapat membuat fokus utama kepada wajah anda.


6. Periksa suara. Periksa adakah audio berfungsi dengan baik. Sekiranya anda berada di tempat awam, cari kawasan yang paling senyap dan pastikan memakai earphone supaya boleh dengar dengan jelas. Jika di rumah, juga perlu berada di tempat yang senyap dan elakkan diri daripada bunyi dapur, televisyen, binatang peliharaan, dan sebagainya.


7. Uji semuanya sekali lagi 10 minit sebelum temuduga. Pastikan mikrofon dan kamera berfungsi untuk memastikan semuanya teratur. Baru lah yakin!


8. Persiapan seperti anda berada di pejabat. Lakukan jenis persiapan seperti biasa untuk temuduga. Semak resume dan cover letter anda, berlatih menjawab soalan terlebih dahulu dan selidik syarikat tersebut.


9. Ketahui siapa yang menghubungi siapa. Ini paling penting, jangan sampai lost contact. Pastikan anda mengetahui sama ada anda seharusnya menghubungi penemuduga atau sebaliknya. Sekiranya anda seharusnya menghubungi mereka, minta nama ID mereka terlebih dahulu.




Cara untuk Kelihatan Lebih Professional?


1. Berpakaian kemas dan professional untuk penilaian terbaik. Walaupun hanya menemubual dalam video tidak bermaksud anda boleh pakai baju tidur. Pakai pakaian yang sudah disediakan untuk temuduga seperti biasa. Ini akan membantu anda berasa lebih yakin juga. Dengan ini mencerminkan keperibadian dan kedudukan anda.


2. Tunjuk expression terbaik. Di mana-mana pun anda berada, penampilan sangat penting. Bagi wanita, pakai makeup yang biasa sudah cukup ataupun lagi bagus tak perlu makeup langsung, kerana ia kelihatan profesional di kamera. Jika mahu pakai juga, pakai dalam jumlah yang membuat anda merasa yakin.


3. Bawa nota, kertas, dan pen. Berguna untuk mencatat mengenai perkara yang penting dengan cepat. Kadang-kadang kita tidak perasan perbualan yang dibualkan selepas itu lupa, kan dah susah. Dengan cara ini, dapat mengimbas nota tanpa kehilangan perkara penting. Jangan sampai penemuduga menyampah dengan anda, apabila sudah diberitahu tetapi disebabkan anda tidak ada nota untuk dirujuk, anda tanya lagi perkara yang sama.



Tips untuk Berjaya dalam Temuduga Online?


1. Senyum dan fokus. Pastikan dapat penemuduga jatuh cinta dengan anda!


2. Elakkan gangguan. Sekiranya anda tinggal dengan keluarga atau orang lain, beritahu semua orang yang tinggal bersama anda agar tidak mengganggu sementara waktu.


3. Jangan panik sekiranya teknologi buat hal. Sebelum temuduga, pastikan penemuduga dapat melihat dan mendengar anda dengan jelas. Sekiranya ada yang tidak kena semasa temubual, jangan panik! Kekal tenang. Mungkin boleh mencadangkan untuk menutup dan mencuba panggilan video sekali lagi. Jangan risau mereka tak akan lari.


4. Body language yang tepat adalah kunci utama. Terdiam tak berkata apa-apa. Lepas itu mula lah penemuduga pun ingat internet mereka slow. Oleh itu, pastikan body language anda seperti di bawah:


  • Semasa pihak lain bercakap, perlahan-lahan anggukkan kepala untuk menyatakan pemahaman atau persetujuan anda.

  • Dan semasa anda bercakap, bersandar ke hadapan dan gunakan isyarat tangan yang untuk menunjukkan semangat pada apa yang anda katakan. Tetapi jangan lebih-lebih.

  • Paling penting pastikan duduk tegak. Ini bukan sahaja membantu kelihatan lebih profesional, tetapi juga akan membantu anda merasa lebih yakin.




 
 
 

Comments


bottom of page