Top 10 Soalan WAJIB Temuduga Pekerjaan
- Candy Graphic Designer
- Sep 27, 2020
- 4 min read
Updated: Jul 3, 2021
Anda sudah bersedia untuk memberi temuduga yang hebat? Tapi tahukah anda soalan yang wajib mereka akan pertanyakan? Jom lihat!

“The greatest thing in this world is not so much where we stand, as in what direction we are moving.”
1. "Beritahu Saya Tentang Diri Anda"
Like seriously soalan ni paling mudah! Salah satu soalan pertama yang mungkin akan ditanya. Bersiap sedia untuk bercakap tentang diri anda dan beri sebab kenapa anda yang paling layak untuk pekerjaan itu. Tunggu apa lagi, time ni lah kita boleh bangga diri tapi jangan berlagak sangat menyampah pula dia nanti.
2. "Mengapa Anda Mahu Pekerjaan Ini?"
Semestinya untuk teruskan hidup perlukan duit tapi tak kan anda mahu berterus terang kerja sebab gaji. Jawapan selamat adalah mahu mencari pengalaman dan menambahkan kemahiran. Dan persoalannya ialah kenapa anda paling layak untuk posisi ini? Soalan ini adalah peluang untuk tunjuk kepada penemuduga apa yang anda akan tawarkan kepada syarikat mereka dan apa yang akan anda capai sekiranya anda mendapat pekerjaan itu. Jangan malu, kongsi kemahiran anda banyak banyak dengan dia!
3. "Mengapa Kami Mesti Mengambil Anda?"
Kerana anda hebat! Jadikan respons dengan penuh yakin, ringkas dan fokus yang menerangkan apa yang anda tawarkan. Ini adalah masa terbaik untuk mengkaji kelayakan dan syarat dalam senarai pekerjaan, supaya anda dapat memberikan respons yang sesuai dengan apa yang dicari oleh penemuduga.
4. "Apakah Keistimewaan Anda?"
Semasa anda menjawab pertanyaan ini, simpan dalam hati untuk 'menunjuk' dan bukan 'beritahu'. Sebagai contoh, daripada menyatakan bahawa anda adalah penyelesai masalah yang sangat baik dan selepas itu terdiam bagaikan dirasuk, sebaliknya ceritakan kisah yang 'menunjuk' dengan mengambil dari pengalaman profesional anda. Tapi jangan membebel panjang sangat sampai berjanggut. Yang penting je dah cukup :)
5. "Apakah Kelemahan Anda?"
Soalan ini selalu membuatkan anda terdiam tak tahu nak jawab apa betul? Sebenarnya soalan ini adalah peluang untuk tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda layak untuk pekerjaan itu. Sebagai tambahan, penting juga untuk mereka mengetahui sama ada anda dapat menghadapi cabaran dan mempelajari tugasan baru. Jangan cakap tak ada, kita semua manusia tak ada yang sempurna dan mereka akan faham. Nasihat saya, boleh tambah ayat akhir macam ni — "walaupun saya ada masalah tersebut tetapi saya sudah belajar untuk memperbaikinya". Pandai pandai lah bagi pickup line sampai dia cair.
6. "Mengapa Tinggalkan Pekerjaan Lama Anda?"
Sila lah bersiap sedia dengan jawapan untuk soalan ini. Sebab apa? Bukan mereka sahaja akan bertanya malah ibubapa anda juga betul? Jawapan perlu lah jujur dan mencerminkan keadaan tetapi tetap positif. Walaupun anda berhenti dalam keadaan yang mencabar atau sakit hati yang mendalam, sekarang bukan masa terbaik untuk kongsi maklumat yang negatif. Nanti nanti je lah simpan niat nak bergosip tu.
Selalunya, penemuduga ingin mengetahui mengapa anda meninggalkan pekerjaan lama dan mengapa anda ingin bekerja untuk syarikat mereka. Ketika ditanya mengenai mengapa anda bergerak dari pekerjaan lama anda sekarang — fakta, jujur, dan fokuskan jawapan untuk masa depan, terutama jika pemergian anda tidak berada dalam keadaan terbaik.
7. "Apakah Jangkaan Gaji Anda?"
Jujur lah siapa kerja tak nak gaji kan? Soalan mengenai duit selalu susah dijawab sebab kita akan automatik shy shy cat. Siapa nak menjual diri dengan harga murah untuk tawaran kerja betul tak? TAKE NOTE, majikan dilarang secara sah untuk bertanya kepada anda mengenai gaji lama anda — tetapi mereka boleh tanya berapa banyak yang anda harapkan untuk dibayar.
Research sebelum memohon mana-mana pekerjaan supaya tahu berapa nak letak untuk jangkaan gaji. Boleh juga tanya abang 'Google' untuk membuat kalkulator gaji dengan percuma yang berpatutan berdasarkan jenis pekerjaan, majikan, pengalaman, kemahiran, dan lokasi.

8. "Bagaimana Anda Mengendalikan Stress?"
Cara terbaik untuk menjawab soalan ini adalah dengan kongsi pengalaman bagaimana anda berjaya menangani stress di tempat pekerjaan lama atau di mana-mana pun.
Contoh soalan:
Apa yang anda lalukan apabila keadaan tidak berjalan lancar?
Bagaimana anda menghadapi situasi sukar?
Adakah anda bekerja dengan baik dalam situasi stress?
Apa yang anda lakukan apabila berlaku sesuatu yang tidak betul?
Kalau boleh elakkan cakap anda tidak pernah atau jarang mengalami tekanan. Sebaliknya, rumuskan jawapan dengan cara yang menyedari tekanan di tempat kerja dan terangkan bagaimana anda mengatasi dan menggunakan untuk mempelajari daripadanya. Semua manusia ada perasaan tekanan. Memang betul perkara negatif tak perlu kongsi tapi menipu sangatlah kalau tak ada stress kan?
9. "Apakah Matlamat Anda untuk Masa Depan?"
Adakah anda seorang yang tidak setia? HAHAHA. Jangan fikir terlampau negatif tentang orang yang job hopper ni. Berkemungkinan dia mahu cari pekerjaan yang dia minat atau mahu cari pengalaman (bak kata nak penuhkan resume). Atau adakah anda merancang untuk setia bersama syarikat itu, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu? Nasihat saya, kurangkan lah jadi seperti job hopper ni kepada orang yang anda bagi fakehope selama ni. Kalau betul niat nak setia, buktikan okie :)
Soalan ini dirancang untuk mengetahui adakah anda akan bertahan atau move on sebaik sahaja mendapat peluang yang lebih baik. Pastikan jawapan fokus pada pekerjaan dan syarikat itu, dan tegaskan kembali kepada penemuduga bahawa posisi anda selaras dengan tujuan jangka panjang. Move on je lah kalau orang bagi fakehope macam ni. Tak perlu sakit hati HAHAHA tiba.
10. Huraikan Situasi atau Projek Yang Susah dan Cara Anda Mengatasinya
Percayalah, tidak ada jawapan yang betul atau salah untuk soalan ini. Body language anda akan menunjukkan kepada penemuduga gaya kerja dan bagaimana anda menguruskan masalah. Ini akan membantu menentukan sama ada anda menjalin hubungan baik dengan syarikat itu, dan kesesuaian dengan posisi itu.
Penemuduga ingin mengetahui bagaimana reaksi anda ketika menghadapi keputusan yang sukar. Seperti soalan mengenai tekanan, bersiap sedia lah untuk kongsi contoh apa yang anda lakukan dalam situasi sukar. Penting untuk kongsi lebih terperinci agar cerita dapat dipercayai dan menarik untuk didengar.

.png)



Comments