Sebelum & Semasa Tips Temuduga Pekerjaan
- Candy Graphic Designer
- Sep 27, 2020
- 2 min read
Updated: Jul 3, 2021
Tahniah! Anda dah dapat jadual untuk temuduga. Sekarang tiba masanya untuk bersiap sedia.

"Only those who risk going too far can possibly find out how far one can go."
1. Mulakan dengan Research Syarikat dan Penemuduga
Wajib ya! Pentingnya fahami maklumat mengenai syarikat boleh membantu meningkatkan keyakinan anda. Dengan menggunakan laman web syarikat, media sosial dan siaran akhbar yang terkini akan memberikan pemahaman yang kukuh mengenai matlamat syarikat dan bagaimana latar belakang anda menjadikan anda sangat sesuai untuk pekerjaan itu.
2. Baca semula Penerangan Pekerjaan
Anda juga boleh print dan mula highlight kemahiran khusus yang dicari oleh majikan. Fikirkan contoh dari karya anda yang lalu dan semasa yang sesuai dengan keperluan ini.
3. Sediakan Senarai Rujukan
Penemuduga mungkin meminta anda menyerahkan senarai rujukan sebelum atau selepas temubual. Menyiapkan senarai rujukan terlebih dahulu dapat membantu anda menyelesaikan temuduga ini dengan cepat untuk maju dalam proses pengambilan pekerja untuk anda.
4. Bersedia dengan 'Piala' Anda
Mana-mana temuduga semestinya anda akan disoal mengenai pekerjaan sebelum ini yang dipilih berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Setelah mengkaji perihal pekerjaan, fikirkan kemahiran, kelab atau posisi sukarelawan yang lalu yang menunjukkan anda mempunyai pengalaman dan kejayaan dalam melakukan pekerjaan yang mereka perlukan.
5. Gunakan Cara STAR dalam Menjawab Soalan
Nak tahu cheat code? Dengan bersiap sedia untuk disoal mengenai masa lalu dengan menggunakan cara STAR untuk bercerita tentang Situasi (Situation), Tugas (Task), Tindakan (Action) dan Hasil (Result) yang jelas. Sangat berhasil, cuba lah!

Setelah meluangkan masa untuk membuat persediaan. Percayalah, anda boleh berjaya pada hari temuduga dengan mengamalkan tips ini. Let's check out!
1. Rancang Temuduga pada Malam Sebelumnya
Sekiranya anda ada kenalan dengan recruiter syarikat sebelum temuduga, boleh juga bertanya kepada mereka tentang code pakaian di tempat kerja dan pilih pakaian dengan sewajarnya. Jangan risau tak tanya pun tak apa, buat research tentang syarikat itu pun dah cukup. Nak lagi bagus? Tanya terus kepada penemuduga.
2. Bawa Salinan Resume, Notebook dan Pen
Print sekurang-kurangnya tiga salinan resume sekiranya anda popular untuk temuduga yang seterusnya. Highlight pencapaian tertentu pada salinan anda yang boleh dirujuk dan bincangkan dengan mudah. Bawa pen dan buku nota kecil untuk mencatat. Tuliskan maklumat supaya anda dapat melihat butiran penting untuk follow-up and thank-you note.
3. Rancang Jadual Masa Sehingga Dapat Datang 10-15 Minit Lebih Awal
Ini bagaikan temujanji juga. Map out menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps etc ke lokasi sehingga anda pasti tiba tepat pada waktunya. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, kenal pasti rancangan sekiranya terdapat kelewatan. Kalau risau sangat, naik grabcar je senang. Elak nervous KEHKEH.
4. Buat First Impression yang Hebat
Jangan lupa perkara ini! — Bersihkan kasut, pastikan kuku bersih, periksa pakaian anda jika ada lubang, kotoran dan rambut haiwan kesayangan anda yang comel. Tunjukkan body language yang yakin dan senyuman yang manis seperti choki choki :)
5. Layan Semua Orang yang Anda Berjumpa dengan Hormat
Ini termasuk orang di jalan raya dan di tempat letak kereta yang berdekatan dengan kawasan tempat temuduga — anggota keselamatan dan kakitangan kaunter penerimaan tetamu. Layan semua orang yang tidak anda kenali seolah-olah mereka adalah pengurus pengambilan pekerja. Walaupun mereka tidak ada kena mengena, bakal majikan mungkin meminta feedback daripada mereka. Jadi berhati-hati lah.

.png)



Comments