How to Bersiap untuk Temuduga Pekerjaan
- Candy Graphic Designer
- Sep 27, 2020
- 3 min read
Updated: Jul 3, 2021
Temuduga anda on the way? Jom berlatih bersama untuk kurangkan stress dan boost keyakinan anda!

“Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life.”
1. Analisis Pekerjaan
Persiapan untuk temuduga yang paling penting adalah dengan meluangkan masa untuk membuat research apa yang syarikat post di platform pekerjaan. Pertimbangkan apa yang dicari oleh syarikat untuk pengambilan pekerja. Buat senarai kemahiran, pengetahuan, dan kualiti profesional yang diperlukan oleh majikan. Ambil masa yang agak lama tetapi berbaloi untuk ilmu pengetahuan juga. Rajinkan diri okie!
2. Berbudi Bahasa Budaya Kita
Di mana-mana pun, etika paling penting betul? Peringatkan lah diri sendiri bahawa ATTITUDE sangat penting tak kira anda berada dimana pun — menyambut penyambut tetamu, penemuduga, dan orang lain yang anda temui perlu disambut dengan sopan, gembira, dan bersemangat. Percayalah, tak ada syarikat nak ambil pekerja yang biadab.
Semasa temu ramah:
Perhatikan body language anda
Bersalaman dengan relax (time Covid-19 ni elakkan bersalaman okie, stay safe)
Beri perhatian
Nampak berminat
Tanya soalan tak perlu shy shy cat
3. Siapkan Pakaian Temuduga Awal
Salah satu masalah masyarakat kita, LAST MINUTE — jangan biasakan, baru sibuk cari apa nak pakai. Siapkan pakaian awal setiap masa supaya tidak kelam kabut. Sekiranya anda mahu pekerjaan di persekitaran yang lebih santai, seperti kedai atau restoran, masih penting untuk kelihatan rapi, kemas, dan menunjukkan gambaran positif kepada majikan. Tapi masih juga perlu sediakan pakaian yang mahu dipakai. Baru semangat!
Click here https://candygraphicdesign.wixsite.com/mysite/post/pakaian-terbaik-untuk-temuduga-pekerjaan untuk mengetahui pakaian yang boleh membuatkan penemuduga jatuh cinta dengan sekali pandang sahaja.
4. Berlatih Temuduga Telefon
Dah semangat mohon kerja secara online atau in-person. Jangan lah pula buat sombong tak nak angkat kalau number pelik call. Jawab dengan sopan dan bertenang — tanyakan soalan kepada mereka untuk menghantar confirmation untuk temuduga melalui email atau WhatsApp etc untuk kepastian syarikat yang mana anda mohon. Tetapi jika ex anda yang call dan mahu pertanyakan tentang anda. End call dan sila lah block terus :)
5. Soalan Umum Temuduga
Cara yang baik untuk berlatih temuduga adalah dengan membuat research pelbagai jenis kemungkinan soalan umum temubual yang akan ditanya, jadi anda boleh menjawab tanpa rasa nervous. Tak perlu ingat jawapan, confident lebih penting — ambil nota jika perlu!
6. Berlatih Menjawab Soalan
Seperti di atas, research soalan temuduga untuk pelbagai pekerjaan, jenis pekerjaan, dan jenis temuduga. Terdapat juga contoh jawapan temubual terbaik yang boleh digunakan untuk mendapatkan idea. Seperti yang anda sedang baca ini. Ambil masa untuk berlatih menjawab soalan khusus pekerjaan boleh membantu anda lebih bersedia untuk menunjukkan kelayakan anda untuk pekerjaan itu.
Click here https://candygraphicdesign.wixsite.com/mysite/post/job-interview-questions supaya anda lebih bersedia menjawab soalan maut daripada penemuduga.
7. 'Drama' Temuduga
Rajinkan diri anda berlatih dirumah — anda sendiri, dengan rakan atau ahli keluarga. Cara mudah untuk berlatih termasuk menggunakan 'flash cards' atau buat fashion show seperti berada semasa temubual. Sekiranya anda menggunakan 'drama' untuk bersiap sedia nanti, anda mungkin akan terselamat jika penemuduga menanyakan soalan maut selain soalan yang umum. Time ni lah anda perlu bersinar macam drama TV3 pukul 7 HAHAHAHA!
8. Apa yang Perlu Dibawa
Ini pun penting! Barang yang perlu dibawa termasuk portfolio, salinan resume, dan senarai rujukan untuk nampak lebih professional.
TAKE NOTE PLEASE! Silentkan phone anda untuk sementara waktu semasa temubual.
9. Jangan Bergantung pada Satu Pekerjaan sahaja
Fake hope seperti ex anda berikan :) — ini yang terjadi jika anda terlampau menaruh harapan. Cari kerja sampai lebam untuk dapat hasil dan pilihan yang terbaik. Stress mungkin tak akan timbul jika ramai orang yang inginkan anda. Bak kata macam retis lah!

10. Follow Up dengan Nota Terima Kasih
Perkara yang selalu tertinggal untuk mendapatkan sesuatu kerjaya. Penting! Follow up temuduga dengan nota terima kasih atau email yang menyatakan minat anda terhadap pekerjaan tersebut. Surat terima kasih dikira MANDATORY sebagai surat 'penjualan' khimat anda. Nyatakan semula mengapa mahukan pekerjaan itu, kelayakan, dan bagaimana anda dapat memberikan sumbangan yang besar untuk syarikat itu. Surat terima kasih ini juga merupakan kesempatan yang tepat untuk membincangkan perkara penting dan berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk anda.

.png)



Comments