top of page
Search

Pakaian Terbaik untuk Temuduga Pekerjaan

  • Writer: Candy Graphic Designer
    Candy Graphic Designer
  • Jun 14, 2021
  • 3 min read

Updated: Jul 3, 2021

Berpakaian dengan stylish adalah penting kerana penilaian pertama yang dibuat oleh penemuduga akan berdasarkan pada penampilan dan apa yang anda pakai. Jadi apa yang terbaik untuk dipakai?



“Don't be afraid to fail. Don't waste energy trying to cover up failure. Learn from your failures and go on to the next challenge. It's OK to fail. If you're not failing, you're not growing.”



1. Professional/Business Kasual

Secara umumnya, temuduga kerja memerlukan anda memakai pakaian profesional atau business kasual. Untuk lelaki, sesuai pakai baju kemeja dan seluar slack dengan tali leher. Untuk wanita, blaus dan seluar yang tidak ketat. Tapi jangan lupa trend gaya moden untuk nampak up to date katakan. Pastikan untuk memilih warna yang tidak kelihatan terlalu menonjol dan terang.



2. Pakaian Temuduga untuk Wanita


Perkara yang lebih penting untuk dipertimbangkan semasa berpakaian untuk temuduga kerja ialah harus kelihatan profesional dan bersopan baru lah anda nampak ambitious woman! Tidak kira apa pun kedudukannya, anda harus pergi ke temuduga itu dengan kelihatan kemas. Inilah cara untuk memberikan penilaian pertama terbaik pada setiap temuduga yang anda pergi.


  • Disyorkan memakai pakaian yang tidak ketat tetapi nampak ayu.

  • Warna baju pula, pastikan untuk memilih warna yang tidak menyakitkan mata. Contoh warna baju yang sesuai adalah ungu gelap, kelabu, coklat, putih dan biru gelap.

  • Sekiranya hendak memakai pewangi, gunakanlah yang berbau sederhana dan tidak terlalu menyakitkan hidung. Kesian penemuduga nanti asyik bersin je.

  • Dan ini penting, biasanya penemuduga tidak memandang makeup pun sebenarnya. Pakailah sekadar untuk menampakkan seri wajah dan penampilan diri yang hebat. Tak perlu pakai makeup macam nak pergi dating dengan boyfriend okie!

  • Untuk kasut, pastikan anda memakai jenis yang menutup jari kaki. Warna hitam adalah yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.



3. Pakaian Temuduga untuk Lelaki


Lelaki? Simple sangat. Sama juga yang penting nampak professional dan kemas. Baru lah nampak gentleman dan semangat mahu bekerja. Pandaikan diri anda untuk bercakap jangan shy shy cat itu yang penting!


  • Sesuai pakai baju kemeja tidak terlalu mengikut potongan badan, jangan terlalu longgar dan terlalu ketat. Warna kemeja juga hendaklah warna yang cerah dan lembut.

  • Perlu memilih jaket yang berwarna gelap contohnya hitam dan biru gelap.

  • Memakai seluar slack digayakan mengikut berat badan anda. Warna yang disarankan adalah warna gelap dan berpadanan dengan kemeja.

  • Pemilihan tali leher juga perlu diambil kira dengan warnanya yang perlu dipadankan bersama baju yang dipakai. Sebaiknya warna tali leher lebih gelap daripada baju kemeja yang dipakai.

  • Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap.



4. Non-Professional/Business Kasual


Sekiranya anda mempunyai temuduga dalam persekitaran kerja yang tidak formal, anda boleh memakai pakaian business kasual. Pakaian business kasual tapi masih profesional dan kemas. Sebagai contoh, kemeja-T, seluar jeans dan sandal tapi jangan pakai selipar jepun pula. Pastikan code pakaian sebelum anda menganggap bahawa business kasual boleh diterima. Ingat malu bertanya sesat jalan, kalau tak pasti hubungi pejabat dan tanya pakaian yang sesuai untuk temuduga di sana.



5. Pakaian Kasual


Sekiranya anda mempunyai temuduga di syarikat yang baru-baru nak membangun, boleh disesuaikan dengan pakaian kasual. Pastikan masih kelihatan bergaya dan profesional, tetapi tidak terlalu formal. Daripada pakaian berwarna gelap, pilihlah warna yang santai tetapi masih boleh dilihat seperti khaki, termasuk berseluar jeans, dan hiasan yang menarik.




6. Pakaian Temuduga untuk Pelajar Kolej


Sama! Ternyata nampak profesional untuk temuduga kerja sangat penting walaupun untuk pelajar kolej. Sebagai pengalaman juga, ini akan menunjukkan bahawa anda akan tahu bagaimana untuk berkelakuan secara profesional sekiranya anda diambil kerja.


Pakaian yang kurang formal dapat diterima semasa temuduga pekerjaan kampus dan di tempat kerja yang tidak formal. Walau bagaimanapun, anda masih perlu berpakaian profesional untuk kebanyakan jawatan, walaupun syarikat berada di peringkat permulaan.



7. Pakaian Temuduga untuk Internship


Adalah bahagian penting dalam mencapai kerjaya apa pun dengan diberi penilaian pertama yang hebat untuk internship. Munculkan diri anda dengan profesional dan penuh keyakinan supaya mereka menganggap diri anda unik dan susah untuk dicari. Dengan tidak mengira persekitaran syarikat itu formal, santai atau di suatu tempat.



8. Pemilihan Aksesori


Apabila memakai aksesori untuk temuduga, kurangkan jika boleh. Pilih aksesori yang akan menarik perhatian pakaian, bukan niat mahu menunjuk. Barang kesayangan anda seperti anting-anting dan gelang tak perlu untuk sementara waktu ini. Boleh nak pakai tapi dengan melihat jenis pekerjaan yang anda cari.



9. Gaya Rambut


Tak tahu nak pilih gaya rambut yang mana satu? Walaupun banyak pilihan gaya rambut untuk temuduga pilihlah yang biasa tapi tetap stylish. Pastikan bergaya dengan sederhana tak perlu pakai aksesori yang serabut pada rambut. Yang penting nak dapat kerja bukan nak buat fashion show tanpa sebab.



10. Makeup


Ini bukan masa untuk gincu tebal atau eyeshadow yang overdo. Sebaliknya, pastikan makeup kelihatan cantik dan tak comot seperti badut. Penemuduga akan berfikir sekiranya anda pentingkan makeup, dan cuba bayangkan jika anda terlambat untuk datang kerja satu hari nanti. Adakah anda akan lebih pentingkan makeup atau kerja?


Click here https://candygraphicdesign.wixsite.com/mysite/post/temuduga-pekerjaan-makeup-do-s-and-don-ts untuk mengetahui makeup yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan.




 
 
 

Comments


bottom of page