Temuduga Pekerjaan Makeup Do's and Don'ts
- Candy Graphic Designer
- Jun 13, 2021
- 3 min read
Updated: Jul 3, 2021
Ayo girls! Mahu berikan penilaian pertama yang dapat menarik perhatian tanpa overdo? Jom lihat makeup yang boleh dan tak boleh untuk temuduga anda yang akan datang.

“The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.”
1. Padankan Makeup dengan Skin Tone Anda
Selalunya, wanita Malaysia memiliki kulit kuning langsat betul? Jadikan makeup anda natural tak perlu tebal. Percayalah jenis beige foundation pun dah cukup. Lain pula kalau untuk berkulit putih, foundation perlu cerah tapi jangan salah pilih risau nampak pucat. Anda yang berkulit sawo matang pun tak terlepas, faham susah nak cari foundation untuk kulit ini tapi kalau pilih jenis classic tan yang betul muka anda memang nampak cantik, hitam manis katakan! Ingat, matlamat anda adalah untuk nampak flawless dan bukan untuk nampak seperti sarkas :)
2. Gincu Natural
Bahagian ni penting! Tahu banyak pilihan gincu yang mengelirukan anda. Ini kerana terlalu banyak sangat jenis dan pilihan warna. Banyak pertanyaan yang ada di dalam fikiran anda yang memeningkan kepala? Tidak perlu pening lagi pilihlah warna gincu yang sesuai seperti natural. Jika ditambah lagi dengan lipgloss, ia akan nampak lebih menarik dan menaikkan seri wajah. Tapi hati-hati dengan ini anda tidak mahu ia kelihatan melekit, kering dan tinggalan sisa makanan bukan? Untuk selamat gunalah lipgloss nipis, pelembap atau bahkan lip balm okie!
3. Cuba Pencil Eyeliner untuk Kelihatan Lebih Soft
Cat eyeliner popular bukan? Tapi kalau boleh jangan guna eyeliner style ini untuk temuduga. Gunakan pensil untuk memiliki penampilan yang lebih soft berbanding liquid. Eyeliner yang simple apabila dipakai tidak comot walaupun terkena air dan mata berminyak. Bukan hanya lebih mudah malah nak adjust pergerakan tangan pun mudah. Remember girls! Motif eyeliner adalah untuk memastikan bahagian mata anda menyerlah dan semestinya bukan garang.
4. Pilih Natural Tones untuk Eyeshadow
Masih lagi tentang bahagian mata, dapatkan warna eyeshadow yang natural supaya ia senang dipadankan dengan apa sahaja warna baju. Tambahan pula, anda perlu hindari warna pastel yang banyak mengandung unsur putih atau terlampau terang. Jadi pilihan yang tepat adalah warna bronze.
5. Tinggalkan Bulu Mata Palsu
Walaupun bulu mata palsu mungkin membuat anda kelihatan cantik seperti Che Ta, tapi simpanlah untuk hari dating bersama boyfriend anda, dan bukan untuk temuduga. Cuba bayangkan jika bulu mata palsu terjatuh masa itu? Nak cover macam mana? Jangan terlalu bimbang tentang penampilan sampai lupa untuk menumpukan perhatian untuk menjawab soalan. Nasihat saya daripada pakai bulu mata palsu, pilihlah maskara hitam yang kalis air.
6. Elakkan Maskara Clumpy
Sudah dikatakan, jangan gila sangat dengan mata nak besar dan berakhir dengan kelihatan mahu memakan orang. Maskara juga antara elemen penting dalam menyerlahkan keayuan mata. Ia akan membuatkan bulu mata seolah tebal dan melentik. Betul, tapi matlamat yang penting adalah untuk kelihatan profesional dan kemas, bukan seperti anda baru pulang dari berdating.
7. Pemerah Pipi
Blusher atau bronzer juga adalah makeup asas yang penting kerana ia menjadikan wajah lebih berwarna dan berseri. Pakai lah dalam kuantiti yang sedikit kerana ia akan terlampau menyerlah seperti badut jika pakai dalam kuantiti yang banyak.
8. Powder
Salah satu cara sekiranya muka bermasalah dengan cepat berpeluh atau berminyak ketika anda mengalami stress, apa yang boleh membantu anda? Jawapannya ialah powder! Tapi jangan pakai banyak sangat cukup hanya untuk cover pada waktu kecemasan. Ini akan membantu mengeringkan, jadi anda tidak akan kelihatan berminyak dan juga memberikan warna yang sekata. Juga, bermanfaat untuk menutup sebarang cela seperti parut atau bintik pada kulit serta dapat mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.

9. Lupakan untuk Menggila dengan Eyeshadow
Ya betul, unik itu penting untuk temuduga. Tetapi lupakan eyeshadow berwarna-warni. Sekiranya memilih untuk pakai eyeshadow, pastikan penemuduga dapat lihat mata anda. Eye contact yang perlu adalah yakin semasa menjawab soalan dan perhatian anda, bukan pada hiasan mata yang menyakitkan mata penemuduga anda. Boleh jadi kreatif tapi di tempat lain please!
10. Berkelas Mengenai Gincu Merah Anda
Bibir merah adalah klasik yang glamor tetapi mungkin tidak untuk temuduga. Inilah masalahnya gincu merah, bukanlah sesuatu yang mengerikan tapi hanyalah sesuatu yang menyeramkan untuk didekati. Boleh guna tapi dengan bijak. Buat masa Covid-19 tak perlu pakai gincu kerana ia akan melekat pada mask, membazir kan? TAKE NOTE GIRLS! Bibir merah memang dapat menarik perhatian. Jadi gunakannya dengan classy okie!

.png)



Comments