top of page
Search

Top 10 Perkara PERLU Dielakkan Semasa Temuduga Pekerjaan

  • Writer: Candy Graphic Designer
    Candy Graphic Designer
  • Feb 10, 2021
  • 3 min read

Updated: Jul 3, 2021

Risau akan stress semasa temuduga nanti? Jom lihat apa yang tidak harus anda lakukan.



"All of the darkness of the world cannot put out the light of one small candle."



1. Berpakaian Tidak Sesuai


Sangat penting untuk nampak profesional betul tak? Walaupun pakaian mungkin berbeza mengikut jawatan yang akan anda mohon. Sebagai contoh, pakaian business kasual atau pakaian kasual untuk syarikat baru nak membangun — sangat penting untuk nampak kemas, tidak kira syarikat apa pun. Tak kan lah nak pakai selipar je walaupun dia terima kita seadanya. Bergaya lah seperti pada saat first date anda :)



2. Datang Lambat


Paling benci buat kita tertunggu lama. Semua orang tahu bahawa penilaian pertama sangat penting. Lambat bukan hanya menunjukkan pengurusan masa yang teruk malah menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap syarikat, kedudukan dan juga penemuduga. Cuba bayangkan anda belum sampai lagi di sana pun dia dah reject? Kan payah kalau dia merajuk susah nak pujuk balik nanti. Jadi, uruskan masa anda dengan baik okie!



3. Tidak Mengetahui Apa-Apa Mengenai Syarikat Itu


Jangan biarkan penemuduga bisukan anda dengan soalan, "Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?" Salah satu soalan yang paling mudah untuk dijawab seriously! Pentingnya buat research sebelum temuduga. Maklumat latar belakang termasuk sejarah syarikat, lokasi, dan pernyataan misi selalu ada di bahagian "About Us" di kebanyakan laman web syarikat. Sila lah rajinkan diri anda untuk membaca.



4. Tidak Memberi Perhatian


Jangan biarkan diri anda zone out semasa temubual. Pastikan anda RAR berehat (Rest), berwaspada (Alert), dan bersiap sedia (Ready). Zone out bagaikan dirasuk bermaksud tidak focus pada soalan bila ditanya dan semestinya nampak tidak bagus untuk potensi anda. Sekiranya anda dirasuk, bakal majikan akan tertanya bagaimana anda akan dapat terus fokus sepanjang hari di tempat kerja jika semasa temubual pun anda sudah zone out kan?




5. Bercakap Terlalu Banyak


Oh my, perkara ni terlampau berleluasa di Malaysia. Paling tak boleh brain bila temuduga dengan orang yang kuat membebel tak berhenti. TAKE NOTE, penemuduga sebenarnya tak perlu tahu kisah hidup anda okie? Pastikan jawapan ringkas, tepat dan jangan kelam kabut. Rasa macam nak bagi penampar je dekat orang macam ni HUAHAHAHA.



6. Membawa Minuman


Saya tahu Starbucks anda mahal tapi tolonglah habiskan dulu. Sekiranya anda perlu meningkatkan tenaga, minum sebelum pergi ke temuduga. Tak masuk akal langsung bawa minuman kan? Cuba bayangkan anda minum di depan penemuduga dan bermain-main dengan cawan lepas itu kemalangan yang tidak diingini berlaku seperti tertumpah, hilang peluang macam tu je. Apa yang penting masa itu adalah anda harus fokus pada tugas — penilaian pertama yang baik, menjawab soalan, dan menjaga eye contact dengan bakal majikan.



7. Menggunakan Telefon


Seriously tak boleh tunggu sekejup ke? Sebelum sampai ke temuduga, silentkan telefon anda. Bermesej semasa temuduga bukan sahaja tidak sopan dan mengganggu, tetapi bermesej di depan majikan cukup jelas bahawa mendapatkan pekerjaan bukanlah keutamaan anda. Sama juga dangan menjawab panggilan. Nasihat saya, simpanlah telefon anda elok-elok dalam beg. Tinggalkan sementara waktu nanti dah settle temuduga nak cium lama-lama pun tak apa.



8. Tidak Bersedia Menjawab Soalan


Penemuduga mungkin akan bertanya kepada anda lebih daripada sekadar soalan asas mengenai di mana anda bekerja dan bila. Untuk mengetahui kemampuan anda, penemuduga akan memanfaatkan masa dan mengumpulkan semua yang perlu dia ketahui tentang anda sebelum membuat pilihan. Jangan biarkan diri anda dirasuk. Bersedia untuk temubual dengan menyemak soalan maut dan bagaimana menjawabnya.



9. Badmouthing Majikan Lama


Ini sangat penting! Jangan sesekali bergosip tentang orang atasan atau rakan sekerja anda yang lama. Cuba bayangkan sebut je nama orang lama last-last bakal majikan kenal termasuk bos lama yang anda anggap tak berapa nak bijak itu HAHAHA. Tak kan lah nak penemuduga berfikir jika suatu hari anda nak move on, mungkin anda akan bercakap seperti itu tentang syarikatnya.


Semasa menemubual, pentingnya untuk bakal majikan tahu bahawa anda boleh berhubung baik dengan orang lain dan menangani konflik dengan cara yang matang dan berkesan. Bukan melayan rakan sekerja dengan bercakap tentang ketidakcekapan orang lain. Bak kata tikam belakang. Sakit tahu tak :')



10. Fakta Resume yang Blur


Walaupun anda telah menghantar resume semasa memohon pekerjaan, anda mungkin juga diminta untuk mengisi permohonan pekerjaan. Pastikan mengetahui maklumat yang anda perlukan untuk melengkapkan permohonan termasuk tarikh pekerjaan, tarikh tamat pengajian, dan maklumat hubungan majikan sebelumnya. Saya faham nak ingat balik semuanya payah tapi anda boleh kaji fakta sebelum temuduga supaya tidak kelam kabut. Sekiranya perlu, luangkan masa untuk membuat semula sejarah pekerjaan anda, supaya resume tepat.


Semestinya, anda tidak boleh memalsukan sebarang fakta mengenai resume. Semakin jujur anda dalam resume, semakin baik anda dapat membincangkan pengalaman masa lalu. Dah macam nak jawab soalan bergerak balas sains semakin anda tunjuk effort, semakin sayang seorang perempuan itu terhadap anda HEHEHE.


Click here https://candygraphicdesign.wixsite.com/mysite/contact jika anda ada pertanyaan dan memerlukan pertolongan mengenai resume anda yang terkini.




 
 
 

Comments


bottom of page