top of page
Search

How To Memohon Pekerjaan Online

  • Writer: Candy Graphic Designer
    Candy Graphic Designer
  • Jun 11, 2021
  • 4 min read

Updated: Jul 3, 2021

Apa yang harus anda sediakan dan bagaimana nak review laman web terbaik untuk mencari pekerjaan secara online? Jangan tunggu lagi!



“One important key to success is self-confidence. An important key to self-confidence is preparation.”



1. Apa yang Perlu Anda Memohon


Untuk memohon pekerjaan dan menggunakan aplikasi pekerjaan secara online, anda memerlukan Internet, email yang akan digunakan, resume terkini, cover letter untuk mencari pekerjaan. Lagi sekali anda perlu gunakan khidmat abang 'Google'.



2. Sediakan Resume Anda


Sebelum anda mula mencari pekerjaan, anda perlukan resume yang terkini untuk dimuat naik. Juga mungkin memerlukan cover letter untuk memohon pekerjaan. Sediakan cover letter asas yang boleh di sesuaikan untuk setiap pekerjaan yang anda mohon. Jangan lupa, anda harus selalu memasukkan cover letter sekali melainkan pekerjaan itu tidak memerlukannya. Beberapa laman web membolehkan anda memuat naik resume yang ada dari Microsoft Word di komputer anda dengan satu klik butang. Ada juga kemungkinan diminta untuk menukarkan dokumen ke PDF. Tapi itu cara lama! Contact me here https://candygraphicdesign.wixsite.com/mysite/service-page/1-creative-resume?referral=service_list_widget untuk mempunyai resume terkini yang gempak.




3. Buat Akaun di Sites Kerja


Tertanya di mana anda boleh cari pekerjaan dengan mudah? Banyak sites kerja dan laman web perlu membuat akaun dahulu sebelum anda boleh mencari pekerjaan. Rajinkan diri anda dengan mencari pekerjaan secara online. Buat akaun di sites kerja sekurang-kurangnya salah satu papan iklan pekerjaan termasuk Jobstreet, Maukerja, Malaysia.Indeed, MYFutureJobs, FastJobs, etc. Sekiranya anda mencari kedudukan profesional, penting juga untuk membuat profil di LinkedIn. Lagi bagus kalau buat akaun dekat semua sites kerja ni. Ingat, jangan bagi harapan pada satu pencarian kerja je!


Jangan risau. Buat je akaun dulu dan daftar dengan email anda yang terkini. Tak ada siapa pun makan anda, yang penting free kan? HAHAHA. Di beberapa laman web pula membenarkan pencarian kerja dengan mendaftarkan maklumat Facebook atau LinkedIn anda. Dengan ini, anda akan dapat mengimport semua maklumat anda yang perlu diisi untuk memulakan pencarian kerjaya!



4. Post Resume atau Profil Anda


Penting sangat! Bila dah daftar tak kan nak biarkan dia berhabuk kan? Apa lagi post lah resume anda yang gempak tu! Setelah memuat naik resume, dapat lah anda gunakan untuk memohon pekerjaan di laman web itu dengan cepat. Dedahkan diri anda di sana, confident akan dapat punya :)



5. Gunakan Kata Kunci


Nak tahu cara paling berkesan untuk mencari pekerjaan? Ini rahsia shh! Gunakan kata kunci lah apa lagi, cari bidang dan industri yang anda minat untuk kerjaya sebaik baiknya.


Kata kunci lebih berkesan daripada menggunakan pilihan carian yang telah ditentukan kerana laman web mereka hanya senaraikan keseluruhan. Buat senarai kata kunci carian pekerjaan yang mencerminkan minat pekerjaan, lokasi tempat yang ingin bekerja, jenis kedudukan, industri, etc. Juga, semak senarai kemahiran untuk resume supaya dapat menyesuaikan kemahiran anda dengan keperluan pekerjaan. Jadi gunakan kata kunci untuk mudahkan hidup anda okie!



6. Memohon Pekerjaan di Laman Web Syarikat


Salah satu cara langsung tapi online. Laman web syarikat boleh jadi sumber senarai pekerjaan yang baik, terutamanya jika anda tahu syarikat mana yang anda berminat mahu bekerja. Anda boleh pergi terus ke laman web syarikat dan memohon pekerjaan dengan menjalinkan hubungan dengan membuat panggilan dan email mereka.


Memohon terus di laman web syarikat jika boleh, walaupun anda dah dapat senarai di tempat lain. Dengan cara lebih berkesan ini, permohonan anda mungkin akan terus masuk dalam sistem pemohon syarikat mereka. Tapi ingat! Jangan semata-mata hantar resume je, pentingnya ada cover letter sekali untuk ini.



7. Bilakah Anda Bersedia untuk Bekerja?


Terutama sekali untuk pencari kerja part-time, anda mungkin ditanya hari dan jam berapa betul tak? Buat jadual awal sebelum membuat permohonan. No last minutes please!


Sekiranya fleksibel adalah kehidupan anda, pastikan untuk bercakap tentang ini dalam permohonan pekerjaan dan juga semasa temuduga. Majikan lebih menghargai calon yang bersedia bekerja dengan fleksibel dan kerja shifts yang mungkin orang lain tak nak seperti malam, petang, atau hujung minggu.



8. Arahan Permohonan Kerja


Penting juga untuk mengikuti semua arahan semasa memohon pekerjaan secara online walaupun mereka tidak nampak. Anda mungkin perlu mengisi profil, memuat naik resume dan paling frust mungkin mereka mahu anda ambil ujian pekerjaan sebagai sebahagian daripada proses jawatan itu.


Selepas dah mengikuti arahan permohonan syarikat, kirimkan semua bahan yang diperlukan dan membaca dengan teliti permohonan sebelum anda klik butang 'Kirim'. Teruskan usaha mencari laman web syarikat yang memerlukan pekerja supaya setiap kali anda kirim daripada situ juga anda belajar untuk buat lebih terbaik! Mohon pekerjaan lebih banyak dan memperbaharui resume anda adalah cara terbaik untuk mengatur carian kerjaya anda.



9. Ujian Pekerjaan


Dah tenang hati lepas isi permohonan pekerjaan, berkemungkinan juga anda diminta untuk ambil ujian pekerjaan. Jangan risau sesetengah syarikat je nak, tak semua. Beberapa ujian seperti penilaian bakat, menilai kemahiran atau keperibadian anda untuk melihat adakah anda sesuai untuk pekerjaan dan syarikat itu. Sebagai contoh, JobStreet ada English Language Assessment (JELA). Sila lah berlatih dulu sebelum ambil, risau makan hati nanti. Ambil je lah free pun, score bagus post tapi kalau tak pandai-pandai lah hide HAHAHA.



10. Follow Up Permohonan Kerja


Diam sepi seperti lepas dah confess kepada crush tapi dia bluetick je pun tak guna juga. Follow up dan ambil tahu tak ada lah anda terbiar macam tunggul. Sekiranya anda mempunyai kenalan di syarikat itu, mereka mungkin dapat membantu permohonan kerja anda diperhatikan oleh pengurus pengambilan pekerja. Bak kata orang Melayu, ada orang dalam. Biarlah orang nak cakap apa, janji jangan rasuah sudah lah.


Setelah menghantar resume anda, periksa LinkedIn untuk kenalan yang mungkin ada di syarikat itu. Malu bertanya sesat jalan bukan? Minta rujukan atau perkenalan yang berhubungan dengan jawatan tersebut. Jangan risau sekiranya tiada kenalan, anda hanya perlu percaya diri sendiri yang anda boleh melakukannya sendiri!




 
 
 

Comments


bottom of page